Sunday, August 30, 2009

Hijrah

Salam perjuangan Sahabat Sahabiah sekalain,
Kami sekeluarga telah berpindah ke rumah maya baru di:

http://iluvmasjid.wordpress.com/

Blog ini akan ditutup tidak lama lagi.

Terima kasih,

msmz, nwksp, abu fahmi.





Read more...

Wednesday, December 31, 2008

Persafaran 8/12 Ep. 2a

9-10 December

Perjalanan diteruskan selepas zohor untuk menuju ke Kemaman dari Tanjung Malim. Setelah selesai, aku tinggalkan ibu dan Adik Shira di kampung sebelum melalui jalan Genting Highland untuk ke Pahang. Tangki minyak sudah berkelip untuk diisi perutnya, alhamduliLlah harga petrol RM1.90 seliter, jimat sikit budget.

"Abang, tumpang tanya, jalan ke Genting Highland ikut mana?", seorang lelaku lingkungan 20 an menegurku. Dengan menunggang motor RXZ dengan flat bermula huruf A, aku sudah anggap bhw dia asal dr Perak atau pelajar UPSI.

"OO, x berapa pasti la, tapi ada sign board kat depan nanti. Depan sikit ni simpang ke Kuala Kubu, rasanya depan lagi.

Terus, aku yang pada awalnya nak ikut jalan KL bertukar haluan yang sama dengan denga pemuda tersebut.

"Terima Kasih ya, tapi kalau nak lagi pasti cuba tanya orang kat stesen minyak ni", balasku.

Sambil tersenyum, dia menjawab.."Bangla.."

Memang x dinafikan, pekerja asing memang ramai kat negara ni,bila time kumpul je kat Mydin KL tu..Jangan disoal gathering mereka ni, atau nak cari pasal. Karang balai juga kita dibuatnya.
Selesai isi minyak, isteriku sudah selesai mencari seseuatu di kedai mini stesen. Kudapan katanya, aku memang dari dulu, time travel ni jarang nak membeli. Bukan nak jimat, tapi entah, tak rasa nak makan pun kecuali dah lapar sangat2..Chickedies ke, mamee ke je, jeruk ke.Yang ada at least air masak, paling top sikit air nescafe x mahu bagi kantuk.

Pemanduan merentas bukit Genting cuma ambil masa lebih kurang 45 minit sahaja untuk sampai ke Janda Baik. Dengan kapasiti kereta wira 1.3 aeroback, memang gear 3 la naik bukit, laju pun dlm 50-60km/j sahaja. Turun bukit, lepas minyak, kawal brek, dulu masa kecik, ingat lagi, bila sampai je kat atas, mesti buka tingkap, bagi menikmati aircond ciptaan Allah. Sekarang dah kurang sejuknya..Global warming..

Setibanya di Pahang, singgah sebentar di Giant sebagai transit utk menumpang barang di rumah Kholil. Peristiwa yang kurang best bila jumpa lelaki yang berpewatakan perempuan. Badan tinggi lampai dan make up macam perempuan. Tapi bila cakap, laki beb. Nak je aku salam tangan dia bagi dia sedar yang dia tu laki-laki. Isteriku kata, masalah keluarga yang mendorongnya jadi macam tu..whatever..Peranan diri bukan bergantung pada trauma atau blas dendam terhdap keluarga..Tapi adalah tanggungjawab diri.. Entah apa fenomena hari ni, Na'uzubillah.Pengkid dah lama diharamkan,ni bapok2 ni??Amacam.. Itulah, aku pernah dengar org2 tua berpesan..Waktu kecik2, anak perempuan bagi la main anak patung, Laki bagi main polis sentri..Biar ada jatidiri gender sikit..Bila besar nak jadi apa jadilah, yang penting peranan ibu bapa dalam pendidikan anak2 jangan diabaikan..

Perjalanan diteruskan dengan ditemani isteri tersayang yang sudi memicit-micit bahu dan badan yang semakin letih.Fresh semula dibuatnya. Perjalanan ke Kemaman kali ini menuju ke rumah keluarga Ummairah Abd Halim berikutan sepupunya melangsungkan perkahwinan.Dia ni dulu mantan s/u jpp di matrikulasi.Suaminya bernama Hafizan, anaknya Huzaifa. Kami melapangkan masa untuk berkunjung lebih awal dari tarikh kenduri bagi membantu persiapan yang mampu diberi seperti menghias hantaran, tolong makan sate Pok Li, berkenalan dll.

Satu pengajaran yang paling besar ialah Pok Li sebagai seorang usahawan makan telah berkecimpung dalam perniagaan sate telah menunjukkan "Kejayaan dalam Sunnah" bila berjaya membina riumah 250k dalam masa 10 tahun! Tepat pukul 12, aku merebahkan diri di atas katil setelah makan daging kurban dirumah ibu Ummairah. Esoknya bersarapan sate dan terus melangsungkan perjalan ke Gong Badak Terengganu.








Read more...

Sunday, December 14, 2008

Persafaran 8/12 Ep. 1

Alhamdulillah..

Akhir tepat pukul 3.30ptg semalam, aku tiba di Ipoh setelah lebih kurang seminggu perjalanan merentas negeri dan banjaran di tanah air Malaysia. Bermula dari Ipoh menuju ke Tanjung Malim, Perak, kemudian ke Kuantan, Kemaman, Kuala Terengganu, Losong, Manir, Kuantan, Puchong, Nilai dan akhirnya Ipoh. Benarlah pepatah mengatakan "Jauh perjalanan luas pemandangan". Setiap lokasi membawa 1001 hikmah ke dalam jiwa dan tauladan terhadap fikrahku. Jika diletakkan ukuran fizikal dihadapan, mungkin terasa letih dan malas, tapi, bila muhasabah akan besarnya amanah dan padang Mahsyar kelak, terasa pengorbanan ini masih sedikit dan kualitinya masih banyak perlu diperbaiki. Memberi dengan setulus ikhlas keranaNya.

Objektif utama perjalanan adalah sekitar:
1) Memenuhi undangan Bapa Saudara yang hendak mendirikan masjid
2) Menghantar Ummu (???) untuk praktikal dan mengangkut barang dari k.t ke ipoh.
3) Menyelesaikan urusan konvokesyenku

9 Disember 2009

Bapa Saudara atau dikenali sebagai Cik Ajib,merupakan anak bongsu dalam urutan adik-beradik ibu. Tekun dengar Khutbah Nikah.

Sabda Rasulullah SAW :
Hak Muslim atas Muslim lainnya ada enam, apabila bertemu orang muslim maka ucapkanlah salam. Apabila mengundang, kamu datanglah. Apabila meminta nasihat padamu, nasihatilah. Apabila bersin membaca Al Hamdulillah, hak kamu katakan padanya Yarhamukallah. Apabila sakit, ziarahilah. Apabila kematian takziahlah.
Riwayat Muslim.

Bertitik tolak dengan hadis dan kefahaman silaturrahim, kami sekeluarga menuju ke Kg Rahmat, Gedangsa sehari lebih awal selepas Asar ,perjalanan hanya memakan masa lebih kurang 1 jam 45 minit dan suasana redup sepanjang safar.

Setibanya di kampung, aku terus menuju ke dapur. Memang x sah kalau x buka tudung saji kerana mak cik Ijah memang pandai dan sering dipuji akan masakannya. Masih ingat, menunya mee laksa kalau x silap.Memang sedap.

Jam dah hampir ke waktu Maghrib, aku menuju ke Musolla Kg Rahmat yang hanya 50m dr rumah. Musolla memang dah lama dibina di kg ini, tp sayang, makmumnya makin kurang. Tambahan yang hadir pula pakcik2 yang dah lanjut usianya. Kita kena ingat "Rumah selalu kata pergi, kubur selalu kata mari (3X)".

Syukur, pengimarahan Musolla dibuat oleh Jemaah Tabligh yang keluar 40 hari yang kebanyakannya dari Terengganu. Tahniah, teruskan usaha. Sebelum sempat aku meninggalkan Rumah Allah selepas Jama' taqdim, aku ditahan..Macam biasalah, ajak dengar bayan. Aku lapangkan masa, mungkin ada seuatu yang aku boleh dapat.

Tuan, nak masuk syurga ada password, dan password itu adala Iman, dan Iman ni buka datang mudah2, kita kena usahakan..AlhamduliLlah, kata-kata itu masih terngiang sebagai tazkirah kendiri. Namun ada beberapa yang aku kurang bersetuju bila orang-orang awam macam aku ni cakap pasal hadis2 nabi, biarlah meyakinkan sikit, bagitaulah perawinya, jgn main hentam kromo shj bagi bayan, takut juga sebab nabi pernah bagi WARNING, Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).

Tapi pandangan aku, kaedah gula-gula untuk ajak berda'wah itu aku setuju sebagai permulaan, bab keluar berapa hari pun x de masalah sebab tugas da'e ni 24hour-7days. Kaedah menyandarkan semua benda, 'amal, cerita pada Allah pun aku setuju. No objection, cuma bab kebersihan kena jaga, bau badan waktu nak solat dll. Bab positif tentang tabligh ni ialah istiqomah .alhamduLillah, aku akan masuk perlumbaan ini..

Kembali kepada bab perkahwinan, memang Rasulullah saw sgt menganjurkannya, satu perkara yang menarik baru aku lalui adalah wali ialah bapa perempuan tu sendiri, sebelum ni aku byk tengok aqad main wakil sahaja, aku pula dhl dapat wali hakim (ada kisahnya). Mula-mula memang kelam kabut, sebab belah lelaki kena siapkan wakil saksi sebaga tambahan daripada 2 yang wajib, tapi pukul 12 pun x sampai lagi, tahu-tahu, tgh tebang pokok..Geli hati juga dibuatnya. Mahu x mahu teruskan juga walaupun saksi tu sampai waktu dah nak start makan..Time aqad, sebelahnya wali tu adalah pegawai agama (baju hijau muda) bagi nasihat, dan yang aku x leh lupa dia suruh istighfar, mengucap, baca surah lazim..Bagus juga, sebab bagi ujian ringkas nanti nak jadi imam solat dan keluarga..Alhamdulillah Cik Ajib LULUS..hehe..Bab akad nikah pun sekali sahaja, senyum lebar le makcik muda aku kat belakang. Lafaz Ta'liq bahasa Melayu tulisan rumi, nasib baik x jawi..Alhamdulillah dhl aku kena tuilsan Jawi punya boleh baca dan yang penting sekali adalah faham apa yang kita ta'liqkan tu...Terengganu teruskan martabatkan tulisan jawi..

dan Menangislah Syaitan yang direjam..
.::بارك الله لكما وجمع بينكما في الخير::.


Read more...

Thursday, December 4, 2008

Mantop



PROGRAM MOTIVASI AL-QURAN TERAS PERUBAHAN (MANTOP)

Inginkan anak anda bergenerasi dan berkiblatkan al-Quran, terhindar daripada sikap kurang ajar, suka menipu, malas solat, suka buang masa, atau tidak fokus pada pelajaran?

HANTARKAN MEREKA KEPADA KAMI,
KAMI ADA JALAN UNTUK PERUBAHAN!

Motivator :Ust Haji Zamri

Perunding Motivasi Pagi TV3

Pengacara Mari Mengaji TV9

Juri Akademi al-Quran

Perunding Motivasi Remaja & Korporat


DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD!!

03 60932387/03 60922387/ 013 9144620

TARIKH PROGRAM:
23-24 DISEMBER 2008
IPOH, PERAK.
MANTOP TRAINING AND CONSULTANCY (001692874-H)
http://www.mantop.com.my


Jadual utk bulan 12 dah penuh, konvo, kenduri kahwin, tp, demi amanah dan sesuap rezeki..Kau Maha Mendengar apa yang terbuku di hati.

اللهم انا نسئلك رزق واسعا حلالا طيبا.امين



Read more...

Wednesday, December 3, 2008

Allah Maha Pemberi Rezeki




Ar-Razzaaq
RahimNya pemberianMu,
RahmanNya anugerahMu,
di saat terasa pahit,
di saat terasa sempit,
Kaulah yang Maha Pemurah,
Maha Tahu terbaik bagi hambaMu,

Biarpun,
Segunung syukur,
selaut hamdalah,
Aku panjatkan,
Belum tentu mengatasi ni'matMu.
Semampunya aku ber'amal,
Menjadi hambaMu,
yang hari esok lebih baik dari kala ini.

Ku senang,
Biarlah aku fahami,
aku hayati ujianMu saat ini,
apatah lagi dikala sukar,
Kau tetapkan iqtikodmu,
dalam memacu buah Iman..

Kau yang Maha Mendengar...
Rintihan Hambamu..


والله يرزق من يشاء



Read more...

Monday, December 1, 2008

Diari seorang.....apa ya?


aku memang gila buku2,kalau rasa xnak boleh bagi kat aku..

ntah...pening kepala sebab nak pilih title yang sesuai untuk blog ini..ada yg pilih simple, ada yg pilih objective, ada yg pilih motto, ada yg buat nama sendiri.pantun...ada yg lain2 lagi lah, ada hadith.. aku tengah dok fikir2 lagi..apa yang paling sesuai, ampuh dan menghampiri nilai da'qwah dan sirah.. Ya Allah..Kau berilah ku kekuatan memilih nama yang sesuai..kerna aku tetap aku..kalau still nak retain nama ni..aku mungkin dah tukar profesion pas ni..tapi still ingin jadi mua'allim...nak tulis murabbi..rasa kerdil pulak dah dr ni...sebab nilai ta'lim dan tarbiyyah itu sangat berbeza...

Mungkin aku patut perbanyakkan membaca lagi..huhu sedih rasanya..x dapat habiskan membaca buku..Target seminggu at least sekali habiskan buku..tapi, akhir2 ni..makin jarang pulak...menulis apa lagi...takut..kalau ianya hilang...kalau ianya bersama amal dan sampai kat org lain xpe..tapi kalau masuk otak kanan keluar otak kiri...lotih..

Tapi, kajian kata salah satu kebaikan membaca ialah anda akan lambat nyanyuk dan mengalami masalah lupa..ha apa lagi..jom lumba membaca buku..Dulu pernah nak buat iqro' group kat Usim..persatuan yg dibuat untuk membedah penulisan dan buku2 pelbagai bahasa..tapi, tggl perancangan...ntahla..rasa rugi la pulak..mungkin lepas ni boleh buat insyaAllah..I love reading with ur Name my Lord....

Sebulan sekali memang kene pergi kedai buku..then penuhi rak dengan buku2..macam2..cuma bila poket kering skit dah kurang..management kurang baik skit...:-)Malaysia x macam negeri arab atau indonesia..buku boleh recycle...jual balik..Malaysia..org banyak recycle buat kertas..tu pasal salah satu sebab bidang kesasteraan kita kurang maju..ntahlah..DBP kena cari cara yg komprehensif utk tangani masalah ini...

Sahabat2 yg ada terbaca atikel ni boleh la bagi cadangan nama2 yg sesuai..Mungkin pandangan anda bernas lagi kreatif...



letak nama bini kurang sesuai..nama bakal anak pun x sesuai...at least...ada satu yg bagus2...diary seorang apa ya..apa ya?kena beli buku nama2 agaknya..hehe..adios..
Thanks..

p/kene belajar basic adobe photoshop pulak la lps ni nampak gayanya...



Read more...

Thursday, November 27, 2008

Salam Takziah

~aku..badri..ehsan..(ketika transit di Bangladesh)~

Baru dua hari aku lepas ber ym dengan sahabatku akhi Badri kenalan ketika di Tanah Suci..Petang td, tepat 7.29pm..dia memberi sebuah berita yg menyedihkan mengenai kematian ayahnya. Bersabarlah sahabat ya..Moga roh Allahyarham diletakkan dikalangan golongan yang bertaqwa..Ameen..Al-Fatihah





Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Read more...